Sunday, 10 December 2017

Apa Yang Saya Pelajari

Hai, maka mungkin setakat ini sajalah blog yang akan diupload kan oleh saya. Terdapat banyak benda yang dapat saya pelajari daripada membuat blog ini. Izinkan saya untuk berkongsi sedikit kebaikan dan manfaat yang saya dapat daripada membuat blog.





1. Perkongsian Maklumat


Perkongsian Maklumat merupakan salah satu kebaikan hasil dari “blogging”. Penulis blog suka berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka dengan pengunjung blog. Pelbagai maklumat boleh didapati di dalam blog. Ada penulis blog yang berkongsi maklumat tentang kehidupan peribadi mereka, ada yang berkongsi maklumat tentang minat mereka seperti bidang masakan dan berkongsi resepi dengan para pengunjung blog. Ada juga yang berkongsi maklumat tentang cara-cara “blogging”, cara-cara untuk menarik minat pengunjung mengunjung ke blog mereka, ada yang berkongsi tentang bidang-bidang yang mereka ceburi seperti hiburan, kesihatan, teknologi maklumat dan sebagainya. Maklumat dengan mudah diperolehi hanya dengan melayari internet dan ianya sama ada dari blog atau dari laman-laman web yang lain.



2. Sebagai tempat untuk mengasah bakat


Terdapat juga blog digunakan sebagai tempat untuk mengasah bakat penulisan mereka. Ianya seperti penulisan novel bersiri atau cerpen. Penulisan yang dihasilkan akan menerima komen-komen dari pengunjung blog sama ada positif atau pun negatif. Komen yang membina dari para pengunjung akan memberi semangat kepada penulis blog untuk menulis dengan lebih baik lagi.



3. Boleh Menambah Kawan


Salah satu kebaikan blog ialah boleh menambah bilangan kawan di alam maya. Sekiranya penulisan di dalam blog menarik minat para pengunjung untuk terus mengunjungi blog tersebut dan memberi komen, tidak mustahil ikatan silaturrahim akan terjalin sesama mereka. Ianya berlaku apabila masing-masing mempunyai minat yang sama dan berkongsi pengalaman dan pengetahuan masing-masing dalam bidang yang diminati. Contohnya bidang fotografi, mereka boleh berkongsi tentang kamera yang mereka gunakan dan teknik-teknik mengambil gambar yang bagus dari segi pencahayaan dan sebagainya. Kadang-kadang mereka berjumpa sesama mereka untuk mengeratkan silaturahim. Ini antara kebaikan yang ketara yang dikenalpasti hasil dari “blogging”.


Cara Mengeratkan Hubungan Dengan Keluarga

Saya nak kongsi sedikit cara saya mengeratkan hubungan dengan keluarga saya. Mungkin ini akan dapat membantu anda. Hubungan yang baik antara keluarga akan menubuhkan sebuah keluarga yang bahagia.




1.Makan bersama-sama



Bunyinya sangat “simple”, tetapi majoriti keluarga tidak lagi makan bersama-sama. Seorang makan didapur, seorang lagi penuhkan pinggan dan duduk di depan TV. Walaupun kebanyakkan orang mengatakan makan bersama-sama adalah penting, hakikatnya masih ramai yang tidak mengamalkannya.

Apa kata kita buat perubahan dengan mewajibkan semua orang makan bersama pada waktu malam. Nampak janggal pada awalnya, namun lama-kelamaan akan jadi biasa juga.


2.Bermain bersama-sama

Permainan adalah sangat menyeronokkan, betuk tak? Bermainlah bersama ahli keluarga walaupun sekejap.

Contohnya permainan congkak, dam aji, dam ular, catur, main olok-olok atau apa-apa sahaja yang boleh dilakukan bersama. Kalau sebagai seorang ayah, anak perempuan ajak bermain masak-masak, layankan sahaja. Kalau dia mahu ‘make-up’ kan kita, biar muka kita comot.

Apabila anak tertawan, terubat luka kita.


3. Meraikan majlis atau ‘event’ bersama-sama

Raikanlah apa sahaja bersama keluarga, contohnya ulang tahun kelahiran, kenaikan pangkat, lulus akedemik dan sebagainya.

Tiada apa yang dapat menyatukan keluarga selain daripada meraikan bersama-sama. Tidak kira sama ada meraikan secara sederhana hanya di rumah ataupun secara besar-besaran di luar.


4. Lawatan atau ‘shopping’ bersama-sama
Tidak kira sama a masa dengan keluarga pada hari biasa ataupun hujung minggu, lawatan bersama keluarga sangat penting.

Ini kerana, di waktu ini lah segala perkara dapat dilakukan bersama-sama. Tidak salah sekali sekala melaburkan duit untuk membeli tiket zoo, tiket wayang atau apa sahajam kerana ianya sangat berbaloi untuk anda sekeluarga dan dapat merakamkan memori yang indah bersama.


5. Bersenam atau ‘exercise’ bersama-sama

Senaman mempunyai banyak kelebihan, bayangkan meluangkan masa bersama keluarga dapat memperbaiki kesihatan diri dari segi fizikal, rohani dan mental.

Sama ada berjalan kaki, berbasikal atau bersenam ianya pasti dapat mengembirakan anak-anak anda kerana aktiviti beriadah ini sememangnya kegemaran pada mereka.

Tips Penjagaan Tali Guitar

Hai semua, hari ni saya rasa macam nak kongsi sesuatu dengan korang semua. Banyak sangat yang nak dikongsi tapi tak tau best ke tak.hehe. So fikir punya fikir, saya rasa nak berkongsi ilmu tentang tips penjagaan tali gitar. Saya nak kata hebat main gitar tu takde la jugak cuma suka berkongsi apa yang saya tahu saja. Mungkin tips ni ramai gitaris di luar sana yang tahu dan ramai juga yang tak tahu atau saja tak nak ambil tahu tentang penjagaan tali gitar.

Semua gitaris-gitaris di dunia mementingkan bunyi atau sound yang dikeluarkan oleh sesebuah gitar bila kita petik tali. Selain dari jenama gitar yang baik, tali yang berkualiti dan betul cara penjagaannya juga menyumbang ke arah sound gitar yang sedap. Ramai diantara kawan-kawan saya yang bermain gitar malas untuk menukar tali gitar. Selagi tali tak putus dan boleh mengeluarkan bunyi, selagi itulah diorang tak kan tukar tali gitar. Sampai berkarat la tali gitar tu diorang main. Studio jamming pun sama macam tu juga, selagi tak putus diorang biarkan je. Tak boleh salahkan pengusaha studio jamming sebab diorang meniaga,kene la save cost tapi kita yang main gitar sendiri perlu la tukar atau jaga tali gitar kita dengan baik. Betul tak?

Tali Berkarat

Cara yang baik untuk menjaga tali gitar kita adalah setiap kali selepas main gitar, talinya perlulah dicuci menggunakan pencuci tali yang sesuai. Tali gitar akan menyimpan minyak, peluh dan habuk ketika kita main gitar. Sekiranya kita main gitar dan terus simpan tanpa mencuci tali gitar, lama kelamaan tali akan menjadi karat hasil tidakbalas peluh dengan tali gitar (wah macam pakar sains pulak ni). Bila dah berkarat dan penuh habuk atau daki, tali tidak akan bergetar dengan sempurna sepangjang tali. Maksudnya agetaran gitar tidak akan bergetar secara keseluruhannya dan timbul la istilah bunyi tali mati. Tali mati adalah disebabkan getaran tali terhenti di tengah-tengah perjalanan getaran sepanjang tali.



Contoh Pencuci Tali Guitar

Cara yang baik untuk menjaga tali gitar kita adalah setiap kali selepas main gitar, talinya perlulah dicuci menggunakan pencuci tali yang sesuai. Tali gitar akan menyimpan minyak, peluh dan habuk ketika kita main gitar. Sekiranya kita main gitar dan terus simpan tanpa mencuci tali gitar, lama kelamaan tali akan menjadi karat hasil tidakbalas peluh dengan tali gitar (wah macam pakar sains pulak ni). Bila dah berkarat dan penuh habuk atau daki, tali tidak akan bergetar dengan sempurna sepangjang tali. Maksudnya agetaran gitar tidak akan bergetar secara keseluruhannya dan timbul la istilah bunyi tali mati. Tali mati adalah disebabkan getaran tali terhenti di tengah-tengah perjalanan getaran sepanjang tali.

Percutian ke Melaka

Saya nak share sedikit pengalaman saya dan keluarga bercuti di Melaka. Kami semua bercuti di Melaka pada hari sabtu ahad yang lalu (25 Nov-26 Nov). Bukan senang nak bercuti ngan keluarga ni bila semua dah busy masuk belajar dengan kerja lagi tau! Hehe macam marah pulak. tak marah tak marah. ok teruskan.


DAY 1


(River Cruise, Klebang Original Coconut Shake, Muzium Kapal Selam)

Ok, bergerak ke River Cruise tepat jam 10 pagi. Best tak ramai orang dan redup je mendung macam nak hujan. 1 Bot boleh muat dalam 20 orang, tapi kami tak penuh pun sebab tak ada orang pagi-pagi ni. Orang kata malam ramai sampai beratur, sebab tu kami plan pagi. Macam bagus je.

(Klebang Original Coconut Shake)

Kami sampai di Klebang Original Coconut Shake dalam jam 12 tgahri. Orang memang ramailah. yang bestnye kita order jer kat kaunter, tapi Coconut Shake nye dihantar kat meja. Best kan, sebabnya dulu kena beratur berejam2 nk ambil coconut shake. hehe.

Macam2 makanan ringan yang ada kat sini. Makanan ni kena ambil sendiri dan bayar di kaunter. Ayam goreng die RM4.30 seketul! Tapi yang lain harga ok jer. Keropok leko ada, kuih muih, nasi lemak, mee goreng, semua dah siap, tinggal ambik jer. Coconut Shake pun tak sampai RM3. Kira Ok laa. Sedap boleh layan walaupon masa tu hujan lebat, minum ais pun sedap jer..(Aku mana ade x sedap kat tekak ni haha).

(Muzium Kapal Selam)

Petang lepas check-in dekat Mahkota Hotel, kami menuju ke Muzium Kapal Selam. Total tiket kiteorang RM20 jer. Die ada bg diskaun sikitla. Bergantung budi bicara je aku rasa. Terima kasih bang. Hihihi.



DAY 2

(The Shore Sky Tower)
Masa ni lebih kurang jam 3 petang. Redup sikit lah kan. Total tiket kiteorang semua dalam RM97. So far ok la. gayat jer nak naik tu. Memang sekali jela naik,hehehe.

Dari atas boleh nampak seluruh negeri Melaka. Boleh nampak River Cruise dan macam2 lagilah. Kami bertengkek kat atas ni lebih kurang 1 jam lepas tu bosan sebab xde ape2 pun.


(Masjid Terapung / Masjid Selat)


Lepas dah rehat dekat hotel. Kami nak ke Masjid Terapung pulak. Masa tu kitorang gerak pukul 6 petang. Dekat sangat masjid ni dengan Mahkota Hotel. Tak bermakna kami pergi jalan kaki. Memang seronok la masa dekat masjid ni. Masjid dia pon fuhhhh lawa giler.

Saturday, 9 December 2017

Website Untuk Download Game PC

Hari ini,saya nak senaraikan website yang boleh anda download Pc Games yang anda minati.Anda sebagai kaki download mestilah memilih laman web yang terbaik untuk muat turun Pc Games.Mestilah laman web yang sentiasa update dan mempunyai pelbagai games yang anda boleh pilih.

Setakat lima laman web ini sahaja la yang saya dapat senaraikan.Kalau nak ikutkan memang banyak website yang banyak pc games untuk dimuat turun.Perhatian!!! website yang saya senaraikan tidak mengikut ranking.

1. SKIDROWCRACK






2. BLACKBOXREPACK






3. IGG-GAMES






4.NOSTEAM.RO






5. GLOVERZZ




Peraturan Dalam Sepak Takraw

Hai, harini saya nak share skit ah pasal rule-rule yang ada dalam permainan sepak takraw.... Lepasni korang dah boleh start main takraw hehehe....xP




PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN


1. Bilangan pemain seramai 3 orang setiap regu.
     • Salah seorang pemain berada di belakang dinamakan tekong.
     • Dua orang lagi berada di hadapan,seorang di sebelah kiri (Apit Kiri) dan seorang di sebelah                 kanan(Apit Kanan).
     • Pemain boleh bertukar posisi semasa permainan dijalankan.


2. Sistem kiraan mata.
     • Bila perkara batal dilakukan oleh sama ada bahagian sepak mula atau menerima sepak mula,               satu mata akan diberi kepada pihak lawan termasuk melakukan sepak mula seterusnya.
     • Mata kemenangan maksima untuk setiap set ialah 21 mata.
     • Permainan dijalankan di dalam 2 set dengan 2 minit rehat antaranya.
     • Apabila kedudukan pada mata 20-20, penggunaan mata syiling 25 dijalankan. Kemenangan                 ditentukan dengan perbezaan 2 mata sehingga mata 25.
     • Jika masing-masing regu memenangi 1 set, permainan akan ditentukan di dalam set ketiga yang         dinamakan ‘Tie Break’ dengan 15 mata.
     • Sebelum Pusingan ‘tie Break’ bermula, pengadil akan membuat undian dan pasukan yang                   memenangi undian akan membuat sepak mula. Tukar petak akan berlaku apabila satu regu                   mencapai 8 mata.


3. Memulakan Permainan.
     • Sepak mula akan dilakukan bagi setiap mata yang diperolehi.
     • Mata akan diperolehi apabila bola dimatikan di gelanggang lawan.
     • Apabila berlaku kesalahan atau batal pihak lawan akan mendapat mata.

Antara kesalahan:
     a. Melanggar jaring dan tiang.
     b. Menggunakan tangan.
     c. Mengawal bola lebih dari 3 sentuhan.
     d. Bermain dengan cara berbahaya.
     e. Mana-mana pemain yang membaling bola untuk sepak mula dengan
         mengangkat kaki ,memijak garisan atau tangan melepasi jaring atau
         menyentuh jaring semasa campakkan dibuat.
     f. Mana-mana bahagian anggota pemain yang memasuki kawasan lawan
        sama ada di atas atau di bawah jaring.

Tips Sebelum Membeli Mouse Gaming (Tetikus)

Bermain game memang sangat menyenangkan, apalagi disaat kita memenangkan pertandingan tersebut. namun, terkadang kita juga kesal ketika kita kalah dalam permainan tersebut hanya kerana hal remeh, seperti mouse anda kurang selesa atau mungkin salah mengeklik objek sasaran. Oleh kerana itu, kita memerlukan mouse yang betul untuk bermain game. Mengapa? kerana memang mouse gaming berbeza dengan mouse biasa yang digunakan untuk mengeklik.

Secara teknologi, mouse gaming sudah menggunakan saluran wireless, Bluetooth atau infra merah sehingga gerakan mouse lebih lincah. Namun, sebelum membeli mouse gaming seharusnya kita perlu memperhatikan beberapa cara berikut agar sesuai dengan keinginan para gamer.

1. Perhatikan Ukuran Mouse




Hal ini sangat penting, mengapa? kerana ukuran mouse sangat beragam. pilihlah yang sesuai dengan ukuran tangan kamu supaya nyaman saat digenggam, sehingga dapat meningkatkan refleks dan accuracy kamu dalam bermain game. selain itu, mouse mudah dicengkam bertujuan agar memudahkan pergeseran ke berbagai arah.

2. Perhatikan tingkat DPI mouse





Besar kecilnya DPI sangat berpengaruh pada kelincahan mouse. semakin tinggi DPI, maka akan meningkatkan kecepatan mouse dan kelembutan saat mengeklik terasa lebih halus.

3. Lampu Indicator




Lampu indicator sangat berfungsi, ketika kita berada dalam ruangan atau tempat yang gelap sebagai penerang sehingga mudah mengendalikan mouse. pilihlah mouse yang terdapat lampu tersebut. lampu indicator juga menarik kerana dengan kerlap kerlip cahayanya.

4. Harga mouse Gaming




harga mouse gaming berbeza dengan mouse biasa, yang biasanya berjumlah RM80, maka mouse gaming harganya lebih mahal, berjumlah RM100 hingga ribu.

5. Lengkapi dengan mousepad





Untuk pastikan anda tetap selesa ketika bermain game, gunakanlah mousepad atau pelapik untuk alas mousenya. sangat berfungsi untuk menjaga geseran mousefeet ( mouse bagian bawah ).

itulah hal-hal yang perlu kita perhatikan dalam membeli mouse gaming .. semoga bermanfaat :D

Wednesday, 6 December 2017

Spec PC ku

Okay ramai orang dok tanya aku apa spec pc aku yang terkini la kan... Takpe harini ak share skit apa spec pc aku..

1. Processor : Intel Core i5-4690



2. Motherboard : Asus Maximus VIII Ranger



3. RAM : Corsair Vengeance Pro DDR3 2x4GB


4. HDD : Western Digital 2TB



5. Power Supply : Corsair RM750




6. Graphic Card : Asus GTX650 2GB



7. Casing : Cooler Master CM Storm Enforcer




Cara Memegang Guitar Dengan Betul

Sebenarnya ramai orang yang tak tahu mcm mana nak pegang guitar dengan betul. Mungkin mereka tahu bermain tetapi terdapat bunyi yang tidak perfect gitu haha. Harini aku nak share skit cara pegang guitar dengan betul dan posisi badan yang selesa untuk bermain guitar.




Cara Memegang Gitar



Mungkin korang sudah tahu caranya dengan melihat artis atau kawan korang memegang gitar. So, dalam pelajaran pertama ni aku akan terangkan secara ringkas.Biasanya kebanyakkan orang menggunakan tangan kanan untuk bermain gitar tetapi ada segelintir orang lebih selesa dengan menggunakan tangan kiri.Orang yang suka bermain dengan tangan kiri digelar sebagai kidal.Oleh kerana ramai yang bermain gitar dengan tangan kanan, aku akan lebih terangkan bagaimana bermain gitar dengan tangan kanan.Jika ada diantara korang yang kidal, jangan risau. Caranya tetap sama. Cuma perlu terbalikkan gitar sahaja .

Di atas adalah contoh memegang gitar. Pastikan ‘body’ gitar tidak terlalu jauh dan tidak pula terlalu rapat dengan badan.Yang penting tangan kanan dapat mencapai tali gitar dan memetik gitar dengan selesa.Cara memegang ‘neck’ gitar pula seperti di bawah.Cara yang betul memegang ‘neck’ gitar adalah tidak menggenggam ‘neck’ gitar. Tapi aku lihat masih ramai yang suka menggenggam ‘neck’ gitar semasa bermain gitar. Tak tahu kenapa. Maybe penyakit kot hehe.Menggenggam ‘neck’ gitar akan menyusahkan korang semasa bermain kord yang menggunakan tali gitar yang paling bawah seperti kord D.

Jadi, pastikan korang tidak menggenggam ‘neck’ semasa bermain gitar.Mengenai gaya memegang gitar, secara rasminya ada tiga gaya memegang gitar iaitu gaya duduk kasual, gaya duduk klasik dan gaya berdiri.Di bawah adalah contoh-contoh gaya memegang gitar secara rasmi.

Gaya duduk kasual: Gaya ini paling popular. Gaya ini nampak lebih rileks dan santai. Sesuai untuk orang yang baru belajar main gitar. Caranya adalah meletak ‘body’ gitar di atas peha kanan.

Gaya duduk klasik: Caranya meletakkan ‘body’ gitar di atas peha kiri. Gitar akan lebih condong berbanding gaya duduk kasual. Kelebihan gaya ini adalah mudah untuk bermain kord gitar.

Gaya berdiri: Biasanya gaya ini digunakan ketika membuat persembahan di atas pentas (..atau tak de kerusi :)..) Untuk menggunakan gaya ini korang perlu menggunakan ‘strap’ atau tali untuk menyokong gitar daripada terjatuh.

Ada 2 gaya lagi yang cukup popular. Gaya ini dikenali sebagai gaya tak rasmi iaitu gaya duduk bersila dan gaya duduk bersilang. Konsepnya sama seperti 3 gaya rasmi di atas.Korang boleh pilih mana-mana gaya yang korang suka janji korang berasa selesa dan nampak bergaya .


Pengalaman Menyertai SUKEM 2017

SUKEM 2017

     SUKEM atau dikenali sebagai kejohanan sukan universiti kebangsaan malaysia adalah aktiviti yang terbesar dan yang pertama saya pernah sertai di dalam UKM. SUKEM ini adalah kejohanan dalam pelbagai sukan yang disertai oleh pelajar yang mewakili kolej mereka sendiri. Seperti saya, saya telah mewakili Kolej Rahim Kajai dalam acara sepak takraw. Dalam sukan sepak takraw setiap kolej perlu menghantar 2 pasukan dalam acara tersebut.

     Perlawanan saya bermula pada 11 November iaitu pada hari sabtu. Perlawanan pertama bermula dengan kolej saya pada pukul 8.30 pagi. Pada perlawanan pertama Kolej Rahim Kajai berjumpa dengan Kolej Tun Hussein Onn. Pada perlawanan pertama alhamdulillah kedua2 pasukan kami berjaya menandingi KTHO. Dengan atas kerjasama pasukan VAMOS Kajai iaitu pasukan ultras Kajai yang memberi semangat kepada kami.

     Pada perlawanan kedua kami berdepan dengan Kolej Keris Mas. Malangnya kami tidak dapat menewaskan kolej tersebut. Tetapi kolej kami telah mendapat tempat kedua dalam kumpulan. Maka KRK layak ke suku akhir. Saya berasa amat bangga apabila kolej saya dapat peringkat kumpulan.
Saya mula memberi kata2 semangat kepada rakan sepasukan supaya tidak cepat mengalah dan target saya adalah untuk mendapatkan pingat, tidak kira lah pingat apa janji dapat memegang dan menyimpan pingat.

     Pada perlawanan ketiga pula, pada ketika itu pada pukul 12 tengah hari dan cuaca sangat panas. KRK bertemu dengan Kolej Pendeta Zaaba pada suku akhir. Perlawanan telah berlangsung..... Kumpulan saya telah berjaya menewaskan kumpulan B KPZ... Malangnya kumpulan B KRK tewas dengan kumpulan A KPZ... Maka terdapat satu lagi perlawanan di antar KRK dan KPZ. Pada ketika itu kumpulan saya iaitu kumpulan A bertemu dengan kumpulan A KPZ dalam perlawanan terakhir yang menentukan kolej manakah yang layak ke separuh akhir. Malangnya kami dah cuba sedaya upaya namun tetap tewas juga dengan KPZ.

     Sampai suku akhir sajalah perjuangan saya dalam acara sepak takraw dalam SUKEM 2017 ini.... Namun walaupun saya tewas saya akan cuba perbaiki lagi dan akan cuba mendapatkan pingat pada SUKEM tahun hadapan. Itu sajalah yang dapat saya kongsikan pengalaman saya dalam SUKEM 2017.