Hai, maka mungkin setakat ini sajalah blog yang akan diupload kan oleh saya. Terdapat banyak benda yang dapat saya pelajari daripada membuat blog ini. Izinkan saya untuk berkongsi sedikit kebaikan dan manfaat yang saya dapat daripada membuat blog.
1. Perkongsian Maklumat
Perkongsian Maklumat merupakan salah satu kebaikan hasil dari “blogging”. Penulis blog suka berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka dengan pengunjung blog. Pelbagai maklumat boleh didapati di dalam blog. Ada penulis blog yang berkongsi maklumat tentang kehidupan peribadi mereka, ada yang berkongsi maklumat tentang minat mereka seperti bidang masakan dan berkongsi resepi dengan para pengunjung blog. Ada juga yang berkongsi maklumat tentang cara-cara “blogging”, cara-cara untuk menarik minat pengunjung mengunjung ke blog mereka, ada yang berkongsi tentang bidang-bidang yang mereka ceburi seperti hiburan, kesihatan, teknologi maklumat dan sebagainya. Maklumat dengan mudah diperolehi hanya dengan melayari internet dan ianya sama ada dari blog atau dari laman-laman web yang lain.
2. Sebagai tempat untuk mengasah bakat
Terdapat juga blog digunakan sebagai tempat untuk mengasah bakat penulisan mereka. Ianya seperti penulisan novel bersiri atau cerpen. Penulisan yang dihasilkan akan menerima komen-komen dari pengunjung blog sama ada positif atau pun negatif. Komen yang membina dari para pengunjung akan memberi semangat kepada penulis blog untuk menulis dengan lebih baik lagi.
3. Boleh Menambah Kawan
Salah satu kebaikan blog ialah boleh menambah bilangan kawan di alam maya. Sekiranya penulisan di dalam blog menarik minat para pengunjung untuk terus mengunjungi blog tersebut dan memberi komen, tidak mustahil ikatan silaturrahim akan terjalin sesama mereka. Ianya berlaku apabila masing-masing mempunyai minat yang sama dan berkongsi pengalaman dan pengetahuan masing-masing dalam bidang yang diminati. Contohnya bidang fotografi, mereka boleh berkongsi tentang kamera yang mereka gunakan dan teknik-teknik mengambil gambar yang bagus dari segi pencahayaan dan sebagainya. Kadang-kadang mereka berjumpa sesama mereka untuk mengeratkan silaturahim. Ini antara kebaikan yang ketara yang dikenalpasti hasil dari “blogging”.
No comments:
Post a Comment