PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN
1. Bilangan pemain seramai 3 orang setiap regu.
• Salah seorang pemain berada di belakang dinamakan tekong.
• Dua orang lagi berada di hadapan,seorang di sebelah kiri (Apit Kiri) dan seorang di sebelah kanan(Apit Kanan).
• Pemain boleh bertukar posisi semasa permainan dijalankan.
2. Sistem kiraan mata.
• Bila perkara batal dilakukan oleh sama ada bahagian sepak mula atau menerima sepak mula, satu mata akan diberi kepada pihak lawan termasuk melakukan sepak mula seterusnya.
• Mata kemenangan maksima untuk setiap set ialah 21 mata.
• Permainan dijalankan di dalam 2 set dengan 2 minit rehat antaranya.
• Apabila kedudukan pada mata 20-20, penggunaan mata syiling 25 dijalankan. Kemenangan ditentukan dengan perbezaan 2 mata sehingga mata 25.
• Jika masing-masing regu memenangi 1 set, permainan akan ditentukan di dalam set ketiga yang dinamakan ‘Tie Break’ dengan 15 mata.
• Sebelum Pusingan ‘tie Break’ bermula, pengadil akan membuat undian dan pasukan yang memenangi undian akan membuat sepak mula. Tukar petak akan berlaku apabila satu regu mencapai 8 mata.
3. Memulakan Permainan.
• Sepak mula akan dilakukan bagi setiap mata yang diperolehi.
• Mata akan diperolehi apabila bola dimatikan di gelanggang lawan.
• Apabila berlaku kesalahan atau batal pihak lawan akan mendapat mata.
Antara kesalahan:
a. Melanggar jaring dan tiang.
b. Menggunakan tangan.
c. Mengawal bola lebih dari 3 sentuhan.
d. Bermain dengan cara berbahaya.
e. Mana-mana pemain yang membaling bola untuk sepak mula dengan
mengangkat kaki ,memijak garisan atau tangan melepasi jaring atau
menyentuh jaring semasa campakkan dibuat.
f. Mana-mana bahagian anggota pemain yang memasuki kawasan lawan
sama ada di atas atau di bawah jaring.
No comments:
Post a Comment