Wednesday, 6 December 2017

Cara Memegang Guitar Dengan Betul

Sebenarnya ramai orang yang tak tahu mcm mana nak pegang guitar dengan betul. Mungkin mereka tahu bermain tetapi terdapat bunyi yang tidak perfect gitu haha. Harini aku nak share skit cara pegang guitar dengan betul dan posisi badan yang selesa untuk bermain guitar.




Cara Memegang Gitar



Mungkin korang sudah tahu caranya dengan melihat artis atau kawan korang memegang gitar. So, dalam pelajaran pertama ni aku akan terangkan secara ringkas.Biasanya kebanyakkan orang menggunakan tangan kanan untuk bermain gitar tetapi ada segelintir orang lebih selesa dengan menggunakan tangan kiri.Orang yang suka bermain dengan tangan kiri digelar sebagai kidal.Oleh kerana ramai yang bermain gitar dengan tangan kanan, aku akan lebih terangkan bagaimana bermain gitar dengan tangan kanan.Jika ada diantara korang yang kidal, jangan risau. Caranya tetap sama. Cuma perlu terbalikkan gitar sahaja .

Di atas adalah contoh memegang gitar. Pastikan ‘body’ gitar tidak terlalu jauh dan tidak pula terlalu rapat dengan badan.Yang penting tangan kanan dapat mencapai tali gitar dan memetik gitar dengan selesa.Cara memegang ‘neck’ gitar pula seperti di bawah.Cara yang betul memegang ‘neck’ gitar adalah tidak menggenggam ‘neck’ gitar. Tapi aku lihat masih ramai yang suka menggenggam ‘neck’ gitar semasa bermain gitar. Tak tahu kenapa. Maybe penyakit kot hehe.Menggenggam ‘neck’ gitar akan menyusahkan korang semasa bermain kord yang menggunakan tali gitar yang paling bawah seperti kord D.

Jadi, pastikan korang tidak menggenggam ‘neck’ semasa bermain gitar.Mengenai gaya memegang gitar, secara rasminya ada tiga gaya memegang gitar iaitu gaya duduk kasual, gaya duduk klasik dan gaya berdiri.Di bawah adalah contoh-contoh gaya memegang gitar secara rasmi.

Gaya duduk kasual: Gaya ini paling popular. Gaya ini nampak lebih rileks dan santai. Sesuai untuk orang yang baru belajar main gitar. Caranya adalah meletak ‘body’ gitar di atas peha kanan.

Gaya duduk klasik: Caranya meletakkan ‘body’ gitar di atas peha kiri. Gitar akan lebih condong berbanding gaya duduk kasual. Kelebihan gaya ini adalah mudah untuk bermain kord gitar.

Gaya berdiri: Biasanya gaya ini digunakan ketika membuat persembahan di atas pentas (..atau tak de kerusi :)..) Untuk menggunakan gaya ini korang perlu menggunakan ‘strap’ atau tali untuk menyokong gitar daripada terjatuh.

Ada 2 gaya lagi yang cukup popular. Gaya ini dikenali sebagai gaya tak rasmi iaitu gaya duduk bersila dan gaya duduk bersilang. Konsepnya sama seperti 3 gaya rasmi di atas.Korang boleh pilih mana-mana gaya yang korang suka janji korang berasa selesa dan nampak bergaya .


No comments:

Post a Comment