Wednesday, 6 December 2017

Pengalaman Menyertai SUKEM 2017

SUKEM 2017

     SUKEM atau dikenali sebagai kejohanan sukan universiti kebangsaan malaysia adalah aktiviti yang terbesar dan yang pertama saya pernah sertai di dalam UKM. SUKEM ini adalah kejohanan dalam pelbagai sukan yang disertai oleh pelajar yang mewakili kolej mereka sendiri. Seperti saya, saya telah mewakili Kolej Rahim Kajai dalam acara sepak takraw. Dalam sukan sepak takraw setiap kolej perlu menghantar 2 pasukan dalam acara tersebut.

     Perlawanan saya bermula pada 11 November iaitu pada hari sabtu. Perlawanan pertama bermula dengan kolej saya pada pukul 8.30 pagi. Pada perlawanan pertama Kolej Rahim Kajai berjumpa dengan Kolej Tun Hussein Onn. Pada perlawanan pertama alhamdulillah kedua2 pasukan kami berjaya menandingi KTHO. Dengan atas kerjasama pasukan VAMOS Kajai iaitu pasukan ultras Kajai yang memberi semangat kepada kami.

     Pada perlawanan kedua kami berdepan dengan Kolej Keris Mas. Malangnya kami tidak dapat menewaskan kolej tersebut. Tetapi kolej kami telah mendapat tempat kedua dalam kumpulan. Maka KRK layak ke suku akhir. Saya berasa amat bangga apabila kolej saya dapat peringkat kumpulan.
Saya mula memberi kata2 semangat kepada rakan sepasukan supaya tidak cepat mengalah dan target saya adalah untuk mendapatkan pingat, tidak kira lah pingat apa janji dapat memegang dan menyimpan pingat.

     Pada perlawanan ketiga pula, pada ketika itu pada pukul 12 tengah hari dan cuaca sangat panas. KRK bertemu dengan Kolej Pendeta Zaaba pada suku akhir. Perlawanan telah berlangsung..... Kumpulan saya telah berjaya menewaskan kumpulan B KPZ... Malangnya kumpulan B KRK tewas dengan kumpulan A KPZ... Maka terdapat satu lagi perlawanan di antar KRK dan KPZ. Pada ketika itu kumpulan saya iaitu kumpulan A bertemu dengan kumpulan A KPZ dalam perlawanan terakhir yang menentukan kolej manakah yang layak ke separuh akhir. Malangnya kami dah cuba sedaya upaya namun tetap tewas juga dengan KPZ.

     Sampai suku akhir sajalah perjuangan saya dalam acara sepak takraw dalam SUKEM 2017 ini.... Namun walaupun saya tewas saya akan cuba perbaiki lagi dan akan cuba mendapatkan pingat pada SUKEM tahun hadapan. Itu sajalah yang dapat saya kongsikan pengalaman saya dalam SUKEM 2017.

No comments:

Post a Comment