Friday, 24 November 2017

Cara Saya Menabung

Harini saya nak bagi tips menabung... hehe




     Untuk menabung duit dengan bijak, kita semestinya memerlukan disiplin yang tinggi. Misalnya, dalam sehari, berapa nilai anda patut masukkan ke dalam tabung anda. Tak kisahlah seringgit, lima puluh sen..terpulang. Untuk menabung sebaiknya mestilah konsisten nilai anda letakkan dalam tabung sehari.

     Jika anda tanya kepada saya, saya akan memasukkan ke dalam tabung saya setiap hari mestilah bernilai lebih daripada 50 sen. Ini bermakna ia mungkin boleh menjadi nilai lebih banyak saya letakkan di dalam tabung setiap hari
.
     Kalau anda menginginkan pulangan yang besar dalam masa setahun. Anda boleh menabung sehari RM 2.00 dan darabkan dengan 360 hari. Anda akan mempunyai RM 720.00. Bayangkan kalau anda gandakan nilai itu kepada 4, 5, 6,… 10 ringggit sehari. Berapa agaknya? Fuhh confirm banyak punya.

     Saya juga ingin berkongsi semasa saya belajar di Kolej Matrikulasi Johor, saya selalu mencampakkan duit di dalam laci meja belajar saya dan kadangkala di lantai bilik. Kadang-kadang rakan saya sendiri berkata pada saya, “ Boleh tak saya nak kutip semua duit atas lantai tu”, saya sendiri pun tak terfikir. 

     Kemudian, saya sendiri mengambil inisiatif untuk mengutip duit itu dan mengira duit tersebut dan ia berjumlah RM 70.00. Bayangkan duit atas lantai dan laci meja ada duit syiling sebanyak tu. Kebetulan pada masa itu saya sendiri tiada duit di dalam poket. Jadi saya mengambil keputusan untuk menukar duit syiling tersebut menjadi duit kertas di kafe pelajar. 

Jadi apa yang saya nak katakan, jangan biarkan duit sesen pun ada di atas lantai. Duit sen itu kalau disimpan lama-lama boleh mencecah ribu ringgit.


No comments:

Post a Comment