Harini aku nak cerita sikit pasal bad experienced yang aku pernah kena masa aku memancing dulu di kampung ku yang terindah.
Kampungku bernama Kampung Ulu Piol yang terletak di Manong, Kuala Kangsar, Perak. Dekat belakang rumah nenek aku ada sebatang sungai kecil dan sebuah titi besi. Titi tu ramai orang guna untuk seberang sungai,nak pergi menoreh getah.
Aku pon pergi la memancing dekat sungai kecil tu dengan dua orang sepupu aku yang lain. Kitorang bertiga naik satu motor nak pergi ke sungai tu. Sebelum memancing kitorang buat homemade punya joran haha. Joran memang boek punya buat daripada dahan pokok kelapa sawit, tali nylon dengan mata kail. Umpan pakai cacing yang dah digali dan dicari di bawah reban ayam.
Kitorang pon happy,joran dah ada, umpan pon dah ada... Maka kitorang pon pergi lah memancing. Kitorang pon tiba la kat sungai tu pada pukul 5 petang. Kitorang pon start la aktiviti memancing kat situ. Tunggu punya lama ikan tak timbul2 tpi umpan dah banyak kena makan ni adehh. Tengah bosan tunggu ikan nak makan umpan tiba2 terdengar bunyi mengaum kuat gila.
Masa tu ak dah start jadi mcm patung dah tak bergerak, takut punya pasal. Lepas tu aku pon toleh kanan sbb nak tengok sepupu aku. Dia dah takde kat sebelah aku... rupa2 nya dia kat belakang pokok dah menyorok. Sepupu akuu yang lagi satu pon dah standby nak lari. Maka sepupu aku pon tunjuk bahasa isyarat ke arah curam kat seberang sungai tu. Rupa2 nya satu family khinzir ada kat situ buat picnic. Mati2 aku ingat kan harimau.
Maka kitorang pon plan nak lari ke motor laju2 secara serentak... tpi gagal. Sbb ada jorang yang tersangkut la dekat pokok, pastu sepupu plak jatuh tergelincir kat lumpur adoiii buat hal plak time2 mcm ni. Pastu dah sampai kat motor, motor plak tak boleh start.... 2 kali barai. Maka motor pon ditolak dengan secara laju sampai kat rumah nenekku hahaha. Maka semua dah trauma nak pergi memancing...haha.
Itulah pengalaman pahit dan kelakar sebenarnya semasa memancing di kampung ku.
No comments:
Post a Comment