Stress adalah istilah payung yang merangkumi tekanan, beban, konflik,keletihan, ketegangan, panik, perasaan gemuruh, anxiety,kemurungan dan hilang daya.
Gejala stress ini terhasil apabila seseorang itu merasa yang keperluanmelebihi dari keupayaan atau sumber yang ada pada dirinya.
CARA SAYA MENANGANINYA...
1. Mengurangkan Stress dengan Bersukan
Saya selalu bermain sepak takraw pada setiap petang. Ia satu aktiviti kegemaran bagi saya.
Dengan bermain sepak takraw ia bukan dapat mengurangkan stress saya sahaja malah dapat menjadikan badan saya lebih sihat. Dengan bersukan dapat memberi ruang kepada saya untuk berfikir. Bersukan juga saya dapat mengeratkan hubungan dengan rakan2 yang lain
2. Mengurangkan Stress dengan Tidur
Tidur yang cukup dan pada waktu yang tetap akan memainkan peranan yang penting dalam mengimbangi emosi kita dalam kehidupan seharian.
Tidur ni dia sebenarnya macam mengecas bateri (tenaga) kita sepenuhnya dan mengekalkan kestabilan emosi kita, tidur ni dapat membuatkan kita segar selepas kita dapat tidur yang cukup.
Saya mencadangkan anda semua mengamalkan tidur seketika diwaktu siang. Tpi jangan tidur lepas asar plak haha nanti gila.
3. Mengurangkan Stress dengan Hobi
Saya sangat sukakan muzik. Malah saya suka bermain alat muzik seperti guitar dan piano. Bagi saya bermain alat muzik atau mendengar muzik dapat mengurangkan stress. Semua orang sukakan muzik betul ke idok haha siapa je tak suka.
Saya percaya setiap orang pasti mempunyai minat sendiri masing2 macam menjahit, melukis dan macam2 lagi.
Jadi apa minat anda?
No comments:
Post a Comment