Tuesday, 21 November 2017

Experienced Minggu Minggu Mesra Mahasiswa (MMM)

Ok harini nak cerita sikit pengalaman saya ah masa minggu mesra mahasiswa (MMM) masa kat UKM. Kepada sesiapa yg tak tahu minggu mesra mahasiswa ni sebenarnya orientasi xP.

Masa tu pukul 12.00pm saya pon datang la dengan family untuk hari pendaftaran tu, punya la ramai orang dengan jem lagi jalan aduii. Masa first day tu pon kekok ah mula2 sbb takde member yg sama sekali dapat satu kolej terpaksa ah cari member baru. Dari pukul 12 tengah hari sampai lah pukul 4 petang baru la dapat kunci bilik. Tapi memang puas hati la bilik lawa, satu bilik tu dua orang share, siap ada balcony lagi. Masa mula2 check-in bilik tu roommate tak sampai lagi so aku boleh pilih ah nak katil yg mana haha ambik yang boek punya ah hahaha.

Sejam lepas tu roommate pon sampai, ada la kawan haha kalau tak krik2 je sebatang kera. Pukul 5 dah start program untuk minggu MMM tu. Seriously memang penat ah masa minggu MMM tu, memang banyak sangat aktiviti yang diorang sediakan makan pon kengkadang tak sempat. Paling tak best biasalah orientasi kan confirm kene layan mcm budak2 kan. Yang senior pon acah je padahal umur beza setahun 2 tahun je aduiii. Tpi bagi saya yang best ah masa minggu MMM tu dapat ah jumpa member2 baru yang sama kaki masuk air haha.

Lastly, program last untuk minggu MMM tu perang DECTAR... itu memang paling penat ah. Semua kolej berkumpul dengan Dewan Caunselor Tunku Abdul Rahman (DECTAR) lawan cheers pukul 12 tengah malam. Gila tak gila.... Rule dia kolej yg balik awal dia kalah... and aircond dalam dewan tu diorang tutup pastu lampu tutup satu per satu sampai gelap kawkaw punya semua pakai lampu flash phone je. Kolej kitorang stay kat dlm DECTAR tu sampai pukul 3 pagi wuiii penat bakhang fasci semua tolong kipas kan budak2 freshie ni pakai kotak haha. Tapi apa2 pon orientasi semua tak best haha takde ah not bad la minggu MMM. Banyak la benda yg belajar daripada minggu MMM tu haha(acah). Itu sajalah nak share haha tq.


No comments:

Post a Comment