Tuesday, 21 November 2017

Life In Kolej Matrikulasi Johor (KMJ)

Life in Kmj

Wuuu Kolej Matrikulasi Johor ni memang best ah bagi aku. Siapa yg dapat tawaran ke matriks tu pergi je lah  rugi woi kalau tak pergi, jangan dengar cakap org yang matriks ni susah ah apa lah tipu je semua tu. Aku masa lepas habis SPM aku dpt dua tawaran, iaitu Uitm Sri Iskandar course bangunan dengan matrikulasi johor course perakaunan. So aku pon fikir lama jugak ah sbb kalau masuk UITM ni ramai member ada sepupu aku masuk sana jgak so takde ah lonely bila kat sana, kalau masuk matriks johor ni aku takde sesiapa kawan pon takde. So aku mcm tak tau nak pergi sbb kawan atau masa depan sendiri. Aku pon buat lah keputusan untuk masuk matriks. Cari kawan baru baru cari lah.

Mula2 masa duduk kat matriks tu memang homesick gila ah, sbb aku tak pernah duduk asrama ngan jauh2 daripada parents ni haha. Memang masa first sem tu rasa lama sangat duduk kat matrik ni padahal setahun je. Dia rasa mcm lama tu sbb takde kawan lagi yg satu kepala and kau pon tak tau nak buat apa kat sana. Bila dah second sem tu baru kau tau rasa skejap je sebenarnya duduk matriks ni haha.

Part yg best masa duduk kat matriks ni KAKOM ah. Kakom ni kau wakil matriks kau dalam satu sukan and bertanding dengan semua matriks. Satu negeri ada satu matriks wuuu memang rasa mcm wakil negeri pulak haha. Masa KAKOM 2016 tu plak matriks Johor jadi tuan rumah. Memang kawkaw diorang decorated bagi lawa KMJ ni. Semua cat baru, peralatan baru wushhh memang best ah. Time Kakom tu aku join sepak takraw. Sepak takraw jelah sukan yang main dekat luar daripada KMJ. Masa tu main dekat Sekolah Menengah Tun Mamat. Masa perlawanan tu jgak la bdak SPM adoiii pernah tak tengok perlawanan takraw tapi sunyi tak boleh bising haha adoi macam2 la. Apa2 pon kalah tak lepas group stage masa game takraw dulu haha sedih.

Tapi bagi aku life kat matriks ni memang best lah, sbb cara pembelajaran pon lain tak sama macm skolah. Sekolah satu kelas 30 org, matriks satu kelas 10 org je paling best dlm 10 orang tu 3 orang je lelaki haha. Memang kau je la selalu kene aim ngan lecturer haha. Tapi yang selalu kene aim bagus ah nnti lecturer slalu ingat kau. Kelas 10 orang ni best ah lecturer pon dapat fokus lebih kat kau takde ah nnti yang tertinggal kat belakang ke en haha. Lecturer pon friendly sporting boleh ajak lepak lagi haha. Apa2 pon sape yg dpt tawaran pergi matriks tu pergi je lah best woiii haha rugi tak pergi.

No comments:

Post a Comment