Friday, 24 November 2017

Cara Saya Menabung

Harini saya nak bagi tips menabung... hehe




     Untuk menabung duit dengan bijak, kita semestinya memerlukan disiplin yang tinggi. Misalnya, dalam sehari, berapa nilai anda patut masukkan ke dalam tabung anda. Tak kisahlah seringgit, lima puluh sen..terpulang. Untuk menabung sebaiknya mestilah konsisten nilai anda letakkan dalam tabung sehari.

     Jika anda tanya kepada saya, saya akan memasukkan ke dalam tabung saya setiap hari mestilah bernilai lebih daripada 50 sen. Ini bermakna ia mungkin boleh menjadi nilai lebih banyak saya letakkan di dalam tabung setiap hari
.
     Kalau anda menginginkan pulangan yang besar dalam masa setahun. Anda boleh menabung sehari RM 2.00 dan darabkan dengan 360 hari. Anda akan mempunyai RM 720.00. Bayangkan kalau anda gandakan nilai itu kepada 4, 5, 6,… 10 ringggit sehari. Berapa agaknya? Fuhh confirm banyak punya.

     Saya juga ingin berkongsi semasa saya belajar di Kolej Matrikulasi Johor, saya selalu mencampakkan duit di dalam laci meja belajar saya dan kadangkala di lantai bilik. Kadang-kadang rakan saya sendiri berkata pada saya, “ Boleh tak saya nak kutip semua duit atas lantai tu”, saya sendiri pun tak terfikir. 

     Kemudian, saya sendiri mengambil inisiatif untuk mengutip duit itu dan mengira duit tersebut dan ia berjumlah RM 70.00. Bayangkan duit atas lantai dan laci meja ada duit syiling sebanyak tu. Kebetulan pada masa itu saya sendiri tiada duit di dalam poket. Jadi saya mengambil keputusan untuk menukar duit syiling tersebut menjadi duit kertas di kafe pelajar. 

Jadi apa yang saya nak katakan, jangan biarkan duit sesen pun ada di atas lantai. Duit sen itu kalau disimpan lama-lama boleh mencecah ribu ringgit.


Cara Saya Untuk Menangani Stress

APA ITU STRESS?

Stress adalah istilah payung yang merangkumi tekanan, beban, konflik,keletihan, ketegangan, panik, perasaan gemuruh, anxiety,kemurungan dan hilang daya.
Gejala stress ini terhasil apabila seseorang itu merasa yang keperluanmelebihi dari keupayaan atau sumber yang ada pada dirinya.



CARA SAYA MENANGANINYA...


1. Mengurangkan Stress dengan Bersukan

Saya selalu bermain sepak takraw pada setiap petang.  Ia satu aktiviti kegemaran bagi saya.

Dengan bermain sepak takraw ia bukan dapat mengurangkan stress saya sahaja malah dapat menjadikan badan saya lebih sihat. Dengan bersukan dapat memberi ruang kepada saya untuk berfikir. Bersukan juga saya dapat mengeratkan hubungan dengan rakan2 yang lain


2. Mengurangkan Stress dengan Tidur

Tidur yang cukup dan pada waktu yang tetap akan memainkan peranan yang penting dalam mengimbangi emosi kita dalam kehidupan seharian.

Tidur ni dia sebenarnya macam mengecas bateri (tenaga) kita sepenuhnya dan mengekalkan kestabilan emosi kita, tidur ni dapat membuatkan kita segar selepas kita dapat tidur yang cukup.

Saya mencadangkan anda semua mengamalkan tidur seketika diwaktu siang. Tpi jangan tidur lepas asar plak haha nanti gila.


3. Mengurangkan Stress dengan Hobi

Saya sangat sukakan muzik. Malah saya suka bermain alat muzik seperti guitar dan piano. Bagi saya bermain alat muzik atau mendengar muzik dapat mengurangkan stress. Semua orang sukakan muzik betul ke idok haha siapa je tak suka.

Saya percaya setiap orang pasti mempunyai minat sendiri masing2 macam menjahit, melukis dan macam2 lagi.

Jadi apa minat anda?

Kelebihan Microsoft Office



     Aplikasi komputer ni salah satu subjek yang aku ambil dekat degree UKM. First impression dekat subjek ni, mula2 pandang rendah ah fikir subjek ni senang je haha sbb zaman kita semua dah celik IT kan... Bila dah start belajar fuhhh baru tahu susah sebenarnya subjek ni. Lagi2 microsoft excel ngan access.

     Banyak benda yang aku baru tau dekat microsoft words sebenarnya ni. Ingat kan setakat type je pastu save and print haha. Microsoft Office ni banyak membantu kita sebenarnya kalau kita pandai guna haha. Harini aku nak share sikit kelebihan microsoft punya aplikasi ni hehe.


1. Microsoft Words
  • Mempermudahkan pelaksanaan kerja dalam urusan penggunaan kata.
  • Menjimatkan waktu dan tenaga.
  • Mengurangkan tingkat kesalahan dalam penulisan.
  • Mempercepatkan penyelesaian kerja kerana lebih efisien. 

2. Microsoft Excel

  • Mempercepatkan proses dalam membuat kertas urusan perniagaan.
  • Kemampuan menyimpan data dalam jumlah yang besar.
  • Mudah dioperasikan jika faham rumus dan logikal dalam Excel.

3. Microsoft PowerPoint

  • Memudahkan pembuatan slide presentasi.
  • Dilengkapi banyak tools untuk membuat sebuah pembentangan yang bagus.
  • Dilengkapi bentuk export ke pdf.
  • Dilengkapi bentuk Cloud service dari microsoft.

4. Microsoft Access

  • Mempermudah pelaksanaan suatu pekerjaan yang terasa berat dan melelahkan.
  • Mudah untuk memanipulasi jadual dan data.

Wednesday, 22 November 2017

Tips Sebelum Membeli Guitar




Panduan untuk membeli gitar akustik

Sebagai panduan dan rujukan semua, kat sini aku akan kongsi sikit tips yang perlu koran buat sebelum nak beli gitar. Tips ni tak la 100% boleh diguna-pakai, lebih-lebih lagi pada yang dah kategori otai. Tapi mungkin dapat la membantu sikit kepada yang beginner. Semoga perkongsian ni dapat bagi manfaat pada korang sebelum beli gitar.


Tengok Budget Anda.
Ini paling penting! Semak akaun bank korang, berapa banyak balance yang ada. Yang penting jangan guna semua duit korang ada, simpan sikit untuk masa depan.

Untuk permulaan, baik korang gunakan dalam RM100-RM300. Tak payah beli gitar mahal-mahal atau branded dulu. Pakai gitar paling mahal pun belum tentu korang terus jadi power. Yang mahal tak semestinya bagus, yang bagus tak semestinya mahal (petikan iklan sabun).

Kalau budget di bawah RM100, aku rasa korang bersabar la dulu. Simpan sehari 50 sen, dah cukup duit baru boleh beli. Nasihat aku, jangan beli gitar yang terlalu murah sebab takut korang akan berdepan masalah neck melengkung, bridge tersembul & sebagainya.

Sediakan budget mengikut kesesuaian & keperluan, jangan ikutkan nafsu sangat.


Persediaan

Budget dah ada, dah tahu nak beli gitar apa. Tapi!!! Ada lagi!!!
  • Belajar pegang gitar, petik sikit-sikit, kenali kord gitar & lain-lain. Permulaan, mintak tolong member-member yang dah pandai tu ajarkan. Kalau perlu, ikut kelas. Boleh beli buku panduan asas atau google pun boleh tapi kena belajar dari yang pandai jugak untuk teknik yang lebih betul. 
  • Usha kedai-kedai gitar, buat perbandingan harga. Cuba buat perbandingan antara gitar mahal & gitar murah, tengok brand serta finishing gitar tu. Sembang-sembang dengan orang kedai tu, curik sikit ilmu dia. 
  • Mintak kebenaran cuba main gitar kat situ. Cakap je yang korang baru nak belajar main tapi datang kedai tu bukan nak beli terus. Kalau dia layan korang walaupun korang dah cakap macam tu maknanya kedai tu terbaik tapi kalau layanan korang dapat macam haram, angkat kaki je la. 
  • Survey harga kat internet, buat perbandingan dengan harga pasaran. Tapi lebih baik jangan beli online la, dikhuatiri korang menyesal nanti. 
  • Ajak member korang yang dah biasa main gitar, sedikit sebanyak dia boleh tolong decide gitar apa yang sesuai untuk korang. Boleh jugak mengelakkan korang kena tipu dengan salesman. 
  • Kalau nak beli gitar, test dulu. Jangan ambik terus bayar je. Kalau gitar electric, try cucuk kat amp. Tengok pickup ok ke tak. Mintak orang kat kedai tu tolong tune, try petik tengok fret ada bunyi sumbang ke tak. 
  • Warranty paling penting, mana la tau kot gitar tu ada masalah ke apa ke. Brand macam Fender, Gibson, Ibanez, Floyd Rose, Yamaha & lain-lain mesti ada warranty card. Check jugak ketulenan brand tu. 
  • Beli jugak aksesori gitar seperti guitar case, strap & strings set spare. 


Ok, sikit info aku dah bantu untuk rujukan korang terutamanya beginner. Jangan malu bertanya orang lain & jangan malas nak buat research. Yang penting, minat kena dalam!


Dah, apa tercongok lagi? Semoga anda berjaya dengan pencarian anda!

Pengelaman Pahit ketika Memancing

Harini aku nak cerita sikit pasal bad experienced yang aku pernah kena masa aku memancing dulu di kampung ku yang terindah.

Kampungku bernama Kampung Ulu Piol yang terletak di Manong, Kuala Kangsar, Perak. Dekat belakang rumah nenek aku ada sebatang sungai kecil dan sebuah titi besi. Titi tu ramai orang guna untuk seberang sungai,nak pergi menoreh getah.

Aku pon pergi la memancing dekat sungai kecil tu dengan dua orang sepupu aku yang lain. Kitorang bertiga naik satu motor nak pergi ke sungai tu. Sebelum memancing kitorang buat homemade punya joran haha. Joran memang boek punya buat daripada dahan pokok kelapa sawit, tali nylon dengan mata kail. Umpan pakai cacing yang dah digali dan dicari di bawah reban ayam.

Kitorang pon happy,joran dah ada, umpan pon dah ada... Maka kitorang pon pergi lah memancing. Kitorang pon tiba la kat sungai tu pada pukul 5 petang. Kitorang pon start la aktiviti memancing kat situ. Tunggu punya lama ikan tak timbul2 tpi umpan dah banyak kena makan ni adehh. Tengah bosan tunggu ikan nak makan umpan tiba2 terdengar bunyi mengaum kuat gila.

Masa tu ak dah start jadi mcm patung dah tak bergerak, takut punya pasal. Lepas tu aku pon toleh kanan sbb nak tengok sepupu aku. Dia dah takde kat sebelah aku... rupa2 nya dia kat belakang pokok dah menyorok. Sepupu akuu yang lagi satu pon dah standby nak lari. Maka sepupu aku pon tunjuk bahasa isyarat ke arah curam kat seberang sungai tu. Rupa2 nya satu family khinzir ada kat situ buat picnic. Mati2 aku ingat kan harimau.

Maka kitorang pon plan nak lari ke motor laju2 secara serentak... tpi gagal. Sbb ada jorang yang tersangkut la dekat pokok, pastu sepupu plak jatuh tergelincir kat lumpur adoiii buat hal plak time2 mcm ni. Pastu dah sampai kat motor, motor plak tak boleh start.... 2 kali barai. Maka motor pon ditolak dengan secara laju sampai kat rumah nenekku hahaha. Maka semua dah trauma nak pergi memancing...haha.

Itulah pengalaman pahit dan kelakar sebenarnya semasa memancing di kampung ku.




Tuesday, 21 November 2017

3 Tempat Makan Yang Best Sekitar di Bangi

Hai harini aku nak kongsi sikit 3 port makan2 yang best bagi aku la kat area2 bangi.

1. Musyati Tom Yam

Kedai ni dia dekat seksyen 3 dekat2 dengan petronas. Kedai ni best sbb kalau order makanan contoh mcm nasi goreng ke perghh memang banyak gila nasi dia bagi memang 7 keturunan makan tak habis haha gurau2. Tapi serious memang banyak, siapa yg jenis makan 2-3 pinggan pergi je la kedai ni satu pinggan pon mcm 2-3 pinggan nasi haha. Lagi price pon memang berpatutan ah dengan student murah dan banyak haha. Jangan salah nama pulak Musyati bukan Batshuayi. Batshuayi tu player Chelsea.

2. Azurra's Restaurant

Ni kedai makan melayu. Memang makanan pon melayu punya style lauk berhidang. Kedai ni terletak kat seksyen 16. Kalau kedai ni aku recommend ambik yang set ikan keli tu perghhh..... Ikan keli dia memang rangup gila. Tpi service kedai tu kalau ramai orng standard ah lambat skit (1 jam) hahaha. Tpi bila makanan dah sampai fuhhh memang rasa cam nak tambah lagi memang sedap ah. Kalau yg set ikan keli tu RM6 termasuk air teh o ais. Berbaloi makan situ, makan sedap, harga pon sedap gak.

3. Yus Sate Kajang

Kedai ni dekat2 dengan area downtown jalan reko. Special kedai tu confirm ah sate. Sate dia memang kawkaw sedap ada banyak jenis sate. Ada sate ikan, daging, kambing, ayam, perut dengan arnab. Memang siapa yang dah gian sangat nak makan sate tpi nak area2 bangi pergi lah kedai ni. Kedai dia pon selesa, tambah2 lagi dia pasang movie yang latest haha layan makan sate sambil tengok movie. Kalau bawak family confirm best makan sini haha (best ah bukan kau bayar pon parents bayar haha).

Piala Pengetua

Harini nak cerita sikit experienced masa piala pengetua, yang berlaku kat kolej rahim kajai pada tarikh 3/10/2017. Piala pengetua ni first event yang aku join dlm UKM. Piala pengetua anjuran bawah biro sukan kolej rahim kajai dan tak semua sukan yang ada dalam piala pengetua. Sukan yang terlibat adalah sukan futsal, bola tampar dengan bola jaring. Aku dan rakan yang lain join futsal. Nama team kitorang haritu Balik Awal FT.

Semasa hari perlawanan tu, semua dah kene standby kat court UKM pukul 8 pagi sbb game akan mula pukul 8.30 pagi. Kitorang punya team ni memang best ah takde training langsung haha tau2 terus main tournament. Perlawanan masa tu memang panas terik lagi2 dah nak tengah hari. Memang sunburn teruk.

Tapi sunburn teruk pon memang berbaloi, tak sangka boleh dapat juara dlm pertandingan tu. Memang rezeki kot haha. Kitorang menang setiap game dlm futsal haha ntah rasa mcm luck je. Haha memang best ah piala pengetua. Dalam bermain futsal tu dpt jugak la jumpa kawan baru and follower ig pon bertambah hahaha. Itu je la daripada saya tq.

Life In Kolej Matrikulasi Johor (KMJ)

Life in Kmj

Wuuu Kolej Matrikulasi Johor ni memang best ah bagi aku. Siapa yg dapat tawaran ke matriks tu pergi je lah  rugi woi kalau tak pergi, jangan dengar cakap org yang matriks ni susah ah apa lah tipu je semua tu. Aku masa lepas habis SPM aku dpt dua tawaran, iaitu Uitm Sri Iskandar course bangunan dengan matrikulasi johor course perakaunan. So aku pon fikir lama jugak ah sbb kalau masuk UITM ni ramai member ada sepupu aku masuk sana jgak so takde ah lonely bila kat sana, kalau masuk matriks johor ni aku takde sesiapa kawan pon takde. So aku mcm tak tau nak pergi sbb kawan atau masa depan sendiri. Aku pon buat lah keputusan untuk masuk matriks. Cari kawan baru baru cari lah.

Mula2 masa duduk kat matriks tu memang homesick gila ah, sbb aku tak pernah duduk asrama ngan jauh2 daripada parents ni haha. Memang masa first sem tu rasa lama sangat duduk kat matrik ni padahal setahun je. Dia rasa mcm lama tu sbb takde kawan lagi yg satu kepala and kau pon tak tau nak buat apa kat sana. Bila dah second sem tu baru kau tau rasa skejap je sebenarnya duduk matriks ni haha.

Part yg best masa duduk kat matriks ni KAKOM ah. Kakom ni kau wakil matriks kau dalam satu sukan and bertanding dengan semua matriks. Satu negeri ada satu matriks wuuu memang rasa mcm wakil negeri pulak haha. Masa KAKOM 2016 tu plak matriks Johor jadi tuan rumah. Memang kawkaw diorang decorated bagi lawa KMJ ni. Semua cat baru, peralatan baru wushhh memang best ah. Time Kakom tu aku join sepak takraw. Sepak takraw jelah sukan yang main dekat luar daripada KMJ. Masa tu main dekat Sekolah Menengah Tun Mamat. Masa perlawanan tu jgak la bdak SPM adoiii pernah tak tengok perlawanan takraw tapi sunyi tak boleh bising haha adoi macam2 la. Apa2 pon kalah tak lepas group stage masa game takraw dulu haha sedih.

Tapi bagi aku life kat matriks ni memang best lah, sbb cara pembelajaran pon lain tak sama macm skolah. Sekolah satu kelas 30 org, matriks satu kelas 10 org je paling best dlm 10 orang tu 3 orang je lelaki haha. Memang kau je la selalu kene aim ngan lecturer haha. Tapi yang selalu kene aim bagus ah nnti lecturer slalu ingat kau. Kelas 10 orang ni best ah lecturer pon dapat fokus lebih kat kau takde ah nnti yang tertinggal kat belakang ke en haha. Lecturer pon friendly sporting boleh ajak lepak lagi haha. Apa2 pon sape yg dpt tawaran pergi matriks tu pergi je lah best woiii haha rugi tak pergi.

Experienced Minggu Minggu Mesra Mahasiswa (MMM)

Ok harini nak cerita sikit pengalaman saya ah masa minggu mesra mahasiswa (MMM) masa kat UKM. Kepada sesiapa yg tak tahu minggu mesra mahasiswa ni sebenarnya orientasi xP.

Masa tu pukul 12.00pm saya pon datang la dengan family untuk hari pendaftaran tu, punya la ramai orang dengan jem lagi jalan aduii. Masa first day tu pon kekok ah mula2 sbb takde member yg sama sekali dapat satu kolej terpaksa ah cari member baru. Dari pukul 12 tengah hari sampai lah pukul 4 petang baru la dapat kunci bilik. Tapi memang puas hati la bilik lawa, satu bilik tu dua orang share, siap ada balcony lagi. Masa mula2 check-in bilik tu roommate tak sampai lagi so aku boleh pilih ah nak katil yg mana haha ambik yang boek punya ah hahaha.

Sejam lepas tu roommate pon sampai, ada la kawan haha kalau tak krik2 je sebatang kera. Pukul 5 dah start program untuk minggu MMM tu. Seriously memang penat ah masa minggu MMM tu, memang banyak sangat aktiviti yang diorang sediakan makan pon kengkadang tak sempat. Paling tak best biasalah orientasi kan confirm kene layan mcm budak2 kan. Yang senior pon acah je padahal umur beza setahun 2 tahun je aduiii. Tpi bagi saya yang best ah masa minggu MMM tu dapat ah jumpa member2 baru yang sama kaki masuk air haha.

Lastly, program last untuk minggu MMM tu perang DECTAR... itu memang paling penat ah. Semua kolej berkumpul dengan Dewan Caunselor Tunku Abdul Rahman (DECTAR) lawan cheers pukul 12 tengah malam. Gila tak gila.... Rule dia kolej yg balik awal dia kalah... and aircond dalam dewan tu diorang tutup pastu lampu tutup satu per satu sampai gelap kawkaw punya semua pakai lampu flash phone je. Kolej kitorang stay kat dlm DECTAR tu sampai pukul 3 pagi wuiii penat bakhang fasci semua tolong kipas kan budak2 freshie ni pakai kotak haha. Tapi apa2 pon orientasi semua tak best haha takde ah not bad la minggu MMM. Banyak la benda yg belajar daripada minggu MMM tu haha(acah). Itu sajalah nak share haha tq.


Introduction

About Me

Hi dan selamat datang ke blog saya yang tak seberapa nak indah ini.....

Biarlah saya menceritakan sedikit tentang diri saya terlebih dahulu.

Nama diberi Ahmad Shahizul B. Ahmad Sanusi tetapi ramai memanggil saya Zul, dan anda semua juga boleh memanggil saya Zul. Saya berumur 19 tahun dan saya telah menyambung pengajian saya di Universiti Kebangsaan Malaysia atau dikenali sebagai UKM. Saya juga berasal daripada Kajang, Selangor maknanya dekat sangat lah dengan UKM ni en, haha. Saya mengambil program ijazah sarjana muda Pentadbiran Perniagaan.

Hobi....hmmm, banyak sebenarnya haha. Main game, bersukan , bermain alat muzik dan mcm2 lagi bwahahaha, malas sebenarnya nak type. Ouh lupa nak bagitau, sayaanak yg ketiga dalam 4 bilangan adik beradik. So, bukan anak manja lah sbb duit pon carik sendiri hahaha.

Itu saja kot serba-sedikit tentang diri saya haha terima kasih.